Archive for May, 2009
Program Permata Pintar UKM
Keterangan Ringkas PERMATApintar UKM
Di bahagikan kepada dua program iaitu:
- Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
- Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti
- Kedua-dua program telah ditanda aras dengan program University John Hopkins dan University Mahidol
- Melibatkan pelajar berumur 9 – 15 tahun.
Ujian-Ujian PERMATApintar UKM
UJIAN PERMATApintar UKM 1
Ujian PERMATApintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar di alamat: http://www.permatapintar.com.my/ujian1/ujian1 dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian PERMATApintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.
- Lagi. Tekan disini
- Muka depan paparan biodata tersebut adalah seperti berikut:

Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Bagaimana pun, jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua.BAHAGIAN 1: UJIAN PERMATApintar UKM 1
Ujian ini mempunyai dua bahagian. Bahagian 1 mengandungi soalan bergambar dan Bahagian 2 mengandungi soalan-soalan yang melibatkan perbendaharaan kata. Untuk Bahagian 1 pelajar dikehendaki menjawab sebanyak 60 soalan yang terbahagi kepada lima(5) set: Set A hingga E. Terdapat 12 soalan yang perlu dijawab pada setiap set. Untuk menjawab setiap soalan pelajar perlu memilih rajah/gambar yang sesuai dengan menekan pilihan yang diberikan sebagai jawapan. Soalan seterusnya akan dipaparkan selepas pelajar menjawab sesuatu soalan.
Soalan pertama bagi setiap set digunakan sebagai soalan percubaan dan panduan untuk menjawab soalan seterusnya bagi set tersebut. Contoh soalan percubaan Set A adalah seperti berikut:

BAHAGIAN 2: UJIAN PERMATApintar UKM 1
Pelajar perlu menamatkan semua set dalam Bahagian 1 (Set A hingga Set E) sebelum cuba menjawab soalan-soalan dari Bahagian 2. Bahagian 2 mengandungi Ujian Soalan Terbuka dan Ujian Pelbagai Pilihan yang menguji perbendaharaan kata. Bahagian ini ada dua set: Set A dan Set B. Set A mengandungi 44 perkataan, Pelajar akan diminta untuk menerangkan maksud bagi setiap perkataan tersebut dengan menaipkan jawapan mereka dalam ruang kosong yang disediakan. Pelajar diminta meletakkan tanda “?” jika tidak tahu jawapan kepada soalan terbuka yang diberikan. Pelajar perlu menjawab semua soalan dalam Set A (Bahagian 2) sebelum boleh menjawab soalan di Set B Bahagian ini.
Set B juga mengandungi 44 perkataan pelbagai pilihan. Pelajar perlu menjawab semua soalan dengan memilih perkataan yang mempunyai maksud paling hampir dengan perkataan berwarna merah yang dipaparkan.
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
UJIAN PERMATApintar UKM 1
Ujian ini telah diuji ke atas beberapa kumpulan pelajar yang sedang menuntut di sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
- Muka depan paparan biodata tersebut adalah seperti berikut:
Mula UJIAN PERMATApintar UKM 1 – Bahasa Malaysia
Mula UJIAN PERMATApintar UKM 1 – English
Ujian Saringan
Pelajar 9-15 tahun disaring menggunakan ujian PERMATApintar UKM 1, 2 dan 3.
Mula UJIAN PERMATApintar UKM 1 – Bahasa Malaysia
Mula UJIAN PERMATApintar UKM 1 – English
My Presents For Teacher’s Day
Cikgu James’ Presents : Teacher’s Day
These are my Teacher’s day presents given by my boys in SK Cator Avenue during the celebration of ‘Hari Guru 2009′. Teacher wants to thank to all my boys who gave me the presents and to others teachers also during our school Teacher’s Day. Thanks again and wish you all the best.



(This was my last year photo celebrating Teacher’s Day 2008 with all my presents from my lovely students. So many right compare to this year!) Because this year we don’t have enough time to celebrate and we have to continue our P&P after the assembly. But I was happy too because some of the boys still giving me some presents. Thank you so much to all my boys. Teacher promises to give you all some presents too during the Children’s Day. So wait for my presents lah. Bye and take care!
Menyambut Hari Guru 2009
Guru Pembina Negara Bangsa
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari Guru sebagai penghormatan jasa kaum guru dan tanda ucapan terima kasih kepada mereka. Penghormatan ini amat layak diberikan kerana usaha gigih guru dalam mendidik insan merupakan peranan yang mulia. Pembangunan diri insan yang cemerlang akan menentukan matlamat pembinaan sebuah negara yang maju dan aman akan dapat kita capai.
Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, Kementerian Pelajaran telah memilih “Guru Pembina Negara Bangsa” sebagai tema Hari Guru pada tahun ini.
Keupayaan membina Negara Bangsa amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan semua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan negara.
Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaan saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah dipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannya budaya hidup masyarakat.
Sekian. Selamat Menyambut Hari Guru!

Year 6 PEKA Project
PEKA – Year 6 Science Project
The UPSR Science Practical Work Assessment (UPSR PEKA) is a school based assessment that is implemented at school level as part of teaching and learning process. UPSR PEKA Assessment Guide contains information on the objectives, characteristics and organization of UPSR PEKA. It also outlines the procedures to assess the pupils’ practical work as guidelines to teachers as assessors and users of PEKA to carry out the assessment
in a coordinated manner.
OBJECTIVES OF UPSR PEKA
The objectives in conducting UPSR PEKA is to enable the pupils to :
* Master the Scientific Skills
- Science Process Skills
- Science Manipulative Skills
* Strengthen the knowledge and understanding on the theories and concepts in Science
* Inculcate the Scientific Attitudes and Noble Values
You can click this link to download PEKA Assessment Guide.
Program PEKA ialah ‘Penilaian Kerja Amali Sains’ untuk Tahun 4, 5, 6.
Below are the photos of my pupils doing science PEKA project in the science lab.
Teacher Back To School
Cikgu James Back To School Again!
Hi to all my school teachers and pupils, welcome back Cikgu James! After six week study in IPGM Campus Ipoh, I feel that I’m ready for teaching not only in maths but also science subject with more confidence and skillfulness. Below is a photo with all others teachers during my course in Maktab Ipoh. See you all my friends next time. Please take care all the time especially to the pupils and be a good teacher. You all are always in my mind. Bye and take care.











